Selasa, Oktober 21

Budak-budak ku

Hari ni hari Selasa.
Kelas straight 6 jam.
Sekarang aku kat lab.
Takde PnP.
Sebenarnya mengikut RMS aku.
Hari ni aku nak tengok progress final projek budak.
Tapi, tak semua yang dapat tunjuk ngan aku.
Budak-budak ni memang.
Sebelum cuti raya hari tu aku dah pesan dah.
Berkali-kali aku pesan.
Tapi... susah aku nak cakap.
Mentaliti memang takleh nak ubah-ubah dah.
So, aku bagi masa 3 jam ni untuk diorang buat projek diorang.
Dah 2 semester aku ajar subjek ni, aku tau.
Diorang bukannya nak buat kerja kat umah.
Bila hantar last minute tau aje lah hasilnya.
Memang tak memuaskan hati lah.
Tapi sekarang pun aku tak puas hati sangat ngan kerja dioarang.
Cuma 2-3 orang jer la yang boleh pakai.
Ada yang macam 'out' langsung.
Aku nak hina pun diorang dah besar.
Apa yang aku boleh cakap.
"Background ni tak berapa sesuai la, tukar boleh?"
Dah tukar pun bagi aku tak berapa nak lawa
Diorang ni kan buat projek tapi ideanya semua tanya aku.
Cuma 2-3 orang jer boleh guna otak sendiri nak perah idea.
Kalo aku fed-up bila asik tanya aku, aku jawab,
"Hai, ni projek saya ke projek awak?
Kalo dah semua tanya saya, baik saya yang buat projek"

Catat Ulasan