Khamis, Oktober 30

Audit berakhir di SCV

Audit dalaman dah lepas dah semalam.
Aku dah tak peduli apa nak jadi dah.
BB nak marah aku, marah lah.
Aku memang kurang suka bendalah audit tu.
Nasib baik BB takde semalam.
Aman sikit jiwa walaupun jiwa sememangnya kacau.

Ingatkan bila auditor dah menyelesaikan tugas mereka,
boleh la aku merehatkan minda dan jiwa,
tetapi aku kena entertain diorang plak.
Biasa la, kalo datang jer sini HARUS dientertain.
Diorang nak gi ke Kampung Budaya Sarawak @ SCV.
Sarawak Cultural Village ni letaknya di Santubong,
bersebelahan dengan Damai Beach Resort.
Nak masuk kena bayar RM60, tapi untuk local kurang daripada tu.
Tapi semalam kitorang masuk FOC jer.
Nasib baik ada lecturer Tourism yang memang selalu deal kat situ.
Dapat la FOC jer guna pas pembekal.
Hahaha.

Oleh kerana bila nak ke SCV ni lalu umah aku,
makanya aku balik umah dulu tukar baju.
Tak sanggup aku nak menapak di SCV tu berbaju kurung.
Plan bila dah tukar baju, leh la amik digicam sekali.
Tapinya aku terlupa plak.
Dan nikmatilah piccas yang aku snap di SCV dengan hp aku jer.
I like the green...
Peace!


Auditor dan Kak Semah. I biasa la pic snapper jer.


Lupa ntah nama jambatan ni, tak ingat kaum mana yang buat.


Rumah Iban.


Padi yang dikisar menggunakan alat pengisar padi di Rumah Iban


Rumah Orang Ulu. Sangat tinggi okeyh.


Rumah Melayu.


Mendamaikan di Rumah Melayu.


Siapa yek?? 1 kecik 1 besar


At last, ada jugak pic snapper ni menginterframekan wajah yang tak bermaya dan berminyak. Wakakaka.

Catat Ulasan