Jumaat, Oktober 31

Rezeki makan free

Burp.. alhamdulillah... kenyang
:pandaGeli_31:

Minggu ni kan kat ofis asik makan free jek
Dah la hari tu audit, (Selasa dan Rabu) ada makan
3x makan sehari, you
Heavy breakfast, lunch dan minum petang
Pastu hari ni makan lagi
PAR kitorang lak sponser
Murah rejeki diorang
Sponser sate lagi



Nyum nyum
Dan yang seronoknya
Kat ofis ni tinggal berapa kerat manusia jek
Yang lainnya travelling
Ada yang kursus, ada yang buat program luar, ada yang observe student
Haaa... apa lagi kitorang enjoy la makan
Dengan tamaknya cuba habiskan sate yang banyak itu



Tapi.....
Ternyata kami tidak mampu
Berlagak jer mulanya
Terus cleaner bagi kat kontraktor yang tengah buat renovation kat kolej kitorang


Ofis boy dan Kak Ani cleaner yang rajin itu

Dan.......


Sempat lagi tu.. kat sebelah tu salah seorang orang yang sponser sate hari ni

Semoga akan bertambah lagi lah kilogram saya minggu ni

Khamis, Oktober 30

Audit berakhir di SCV

Audit dalaman dah lepas dah semalam.
Aku dah tak peduli apa nak jadi dah.
BB nak marah aku, marah lah.
Aku memang kurang suka bendalah audit tu.
Nasib baik BB takde semalam.
Aman sikit jiwa walaupun jiwa sememangnya kacau.

Ingatkan bila auditor dah menyelesaikan tugas mereka,
boleh la aku merehatkan minda dan jiwa,
tetapi aku kena entertain diorang plak.
Biasa la, kalo datang jer sini HARUS dientertain.
Diorang nak gi ke Kampung Budaya Sarawak @ SCV.
Sarawak Cultural Village ni letaknya di Santubong,
bersebelahan dengan Damai Beach Resort.
Nak masuk kena bayar RM60, tapi untuk local kurang daripada tu.
Tapi semalam kitorang masuk FOC jer.
Nasib baik ada lecturer Tourism yang memang selalu deal kat situ.
Dapat la FOC jer guna pas pembekal.
Hahaha.

Oleh kerana bila nak ke SCV ni lalu umah aku,
makanya aku balik umah dulu tukar baju.
Tak sanggup aku nak menapak di SCV tu berbaju kurung.
Plan bila dah tukar baju, leh la amik digicam sekali.
Tapinya aku terlupa plak.
Dan nikmatilah piccas yang aku snap di SCV dengan hp aku jer.
I like the green...
Peace!


Auditor dan Kak Semah. I biasa la pic snapper jer.


Lupa ntah nama jambatan ni, tak ingat kaum mana yang buat.


Rumah Iban.


Padi yang dikisar menggunakan alat pengisar padi di Rumah Iban


Rumah Orang Ulu. Sangat tinggi okeyh.


Rumah Melayu.


Mendamaikan di Rumah Melayu.


Siapa yek?? 1 kecik 1 besar


At last, ada jugak pic snapper ni menginterframekan wajah yang tak bermaya dan berminyak. Wakakaka.

Rabu, Oktober 29

Jiwa Kacau

Kadang-kadang,
apa yang kita nak,
apa yang kita impikan,
tak dapat.

Sedih kan?

Macam mana ye kalo nak hilangkan tabiat tu?
Tabiat ---> Nak jugak! Nak jugak!
Tak kira mesti dapat.


Dan sangat sedih kalo tak dapat.

Selasa, Oktober 28

Satu-satunya

Sangat cute wajah si kecil ni kan?


Sekarang dah besar tapi masih jugak kecik.


Hairan tak hairan, kan?


See... rambut ceracak lagi.
Hmm...

Inilah satu-satunya adik lelaki aku.
Tapi semua orang panggil dia 'Abang'.
Siapa yang tua ni?

Selasa, Oktober 21

Budak-budak ku

Hari ni hari Selasa.
Kelas straight 6 jam.
Sekarang aku kat lab.
Takde PnP.
Sebenarnya mengikut RMS aku.
Hari ni aku nak tengok progress final projek budak.
Tapi, tak semua yang dapat tunjuk ngan aku.
Budak-budak ni memang.
Sebelum cuti raya hari tu aku dah pesan dah.
Berkali-kali aku pesan.
Tapi... susah aku nak cakap.
Mentaliti memang takleh nak ubah-ubah dah.
So, aku bagi masa 3 jam ni untuk diorang buat projek diorang.
Dah 2 semester aku ajar subjek ni, aku tau.
Diorang bukannya nak buat kerja kat umah.
Bila hantar last minute tau aje lah hasilnya.
Memang tak memuaskan hati lah.
Tapi sekarang pun aku tak puas hati sangat ngan kerja dioarang.
Cuma 2-3 orang jer la yang boleh pakai.
Ada yang macam 'out' langsung.
Aku nak hina pun diorang dah besar.
Apa yang aku boleh cakap.
"Background ni tak berapa sesuai la, tukar boleh?"
Dah tukar pun bagi aku tak berapa nak lawa
Diorang ni kan buat projek tapi ideanya semua tanya aku.
Cuma 2-3 orang jer boleh guna otak sendiri nak perah idea.
Kalo aku fed-up bila asik tanya aku, aku jawab,
"Hai, ni projek saya ke projek awak?
Kalo dah semua tanya saya, baik saya yang buat projek"

Isnin, Oktober 20

Wedding Checklist-3

Dalam sibuk-sibuk kena jugak curi masa nak uruskan hal kahwin. Tak lama lagi ni, tensen gue...

So far yang dah setel:

BAJU SANDING

BAJU NIKAH

PERABOT BILIK

PELAMIN

GIFT

KHEMAH/KANOPI

KATERING

KERETA

PENGAPIT

GIFT/SOUVENIR


Yang belum selesai:


TUDUNG UNTUK AKAD NIKAH

TUDUNG UNTUK SANDING

SET HIASAN HANTARAN

CAMERAMAN

PA SYSTEM

BORANG NIKAH

BANTAL DAN TILAM

*melaporkan dari makmal komputer.. curi tulang beb!


Risau

Risau nak audit
Risau nak kahwin

Ahad, Oktober 12

Dating, sunyi dan hanging



Aku dan dia dah lama tak tengok wayang.
Sejak bulan puasa hari tu, kitorang pun 'puasa' nengok wayang gak.
Aku pun tak tau dah ceta apa yang best sekarang ni.
Masa raya hari tu dia ada ajak nengok 'Senario'.
Aku sebenarnya tak suka sangat 'Senario' nih.
Lagipun hari masih raya.
Memang mood nak nengok cerita tu takde.
Tambah-tambah lagi banyak umah yang tak diziarah.
Nak pergi nengok wayang plak.
Tak sedap hati aku nih.
Nanti apa pulak kata mak aku.
Orang pergi visit umah sedara-mara, aku plak nengok wayang.
Orang Serawak tak beraya nengok wayang la.
Raya? Berjalan la umah urang.
Huhuhu.



Bila adik-adik aku (si murai & si mrs bean) dah balik kampus.
Sunyi la. Boring pun jugak.
Dah terbiasa riuh-rendah sepanjang puasa dan raya.
Bila diorang balik, tak bestnya.
Nak memeriahkan suasana, si dia la selalu lepak di umah.
Orang datang umah, tolong layan.
Aku masak untuk orang datang, dia pun tolong habiskan.
Tunang aku ni bagus, dia suka makan.
Makin la aku suka masak bila dia suka makan.
Aku takut gak kalo dia gemok masa bersanding nanti.
Hehehe.
Tapi, takpe la.
Jangan la kurus melidi.
Nanti orang cakap aku dera dia plak.
Biar la gemok sikit, kalo gemok senang nak cover kalo orang tanya.
"Hati senang."
Hahahahaha.
Boleh kan camtu?

Bila asik terperap kat umah, boring gak.
Nak buat kerja? Malas.
Pergi la kuar dating.
Adik-adik aku asik nak ikut jer.
Boring la asik bawak budak 2 ekor tu jer.
Tak kawen lagi dah jalan heret budak.
Sekali-sekala tu takpe la jugak.
Hehehe.
Bila dah takde idea nak buat apa, kitorang gi Pusat Seni Suara.
Hahaha.
Kelakar.
Dah lama tak lepas gian ni.
Ooopss...



Kalo nak tau Pusat Seni Suara tu ialah karaoke box.
Aku suka panggil 'karaoke jamban' jer.
Hihihihi.
Murah jer 1 lagu = RM1
Janji dapat lepas gian.
Lepas gian melalak ok.
Bukan lepas gian apa.
Dapat la melalak sepuas-puas hati.
Aku peduli apa.
Orang lain pun sama jer.
Bukannya remaja jer yang lepak sini.
Ada yang tua-tua pun ada aku nengok.
Lagipun kat situ clean jer, tak gelap.
No smoking, no alcohol.
Terjaga rapi.
Kesimpulannya tak mencurigakan la.
Ada gak karaoke jamban yang aku pernah gi yang gelap.
Yang jaga kaunter pun ala-ala gangster gitu.
Yang camni harus dielakkan.
Takut jugak.
Kang tak pasal-pasal masuk lokap lak I.
Mau haru-biru jadinya.

Esok hari Isnin.
Kerja!!!
Adoi. Takde mood la.
Rumah pun sunyi jer.
Bapak demam lagi.
Nampak gaya bila dah start keja melepak dalam bilik jer la malam-malam.
Nak lepak kat bawah macam seram jek.
Mak pun dah start keja gak besok.
Gerenti semuanya akan tido awal.
Makin sunyi la.
Diorang selalunya pas dinner nengok tv kat atas jer then terus tido.
Aku? Kalo tak dating, tido jugak la kot, ataupun update blog.
Tapi aku suka curi masa kat ofis nak update.
Hihihihi.

Sekarang ni jiran keliling semuanya diselubungi misteri.
Akibat kes 'hanging' tu la.
Ada jugak yang kata arwah tak bunuh diri tapi kena bunuh.
Tapi... tetap jugak 'terbunuh'.
Di rumah tu.
Dan rumah tu kosong, takde pun famili berjemaah ke baca yassin ke di situ.
Dan khabarnya wife arwah tu nak cari orang yang nak sewa umah tu.
Sewa untuk bayar bil air dan elektrik jer pun takpe.
Ada ke yang sudi?



Aku takleh nak bayangkan.
Petang besok bila aku balik kerja.
Aku keseorangan di umah.
Kerana selalunya aku akan sampai dahulu daripada parents aku.
Sebelum ni aku tak pernah takut.
Tapi sekarang ada takut-takut ler jugak.
Bukan aku sorang jer.
Jiran-jiran aku pun sama.
Entah apa yang ditakutkan.
Tapi seram tu memang ada.

Jumaat, Oktober 10

Hanging part 2

Sebenarnya 'hanging' nih gelaran yang aku dan adik-adik aku panggil bila nak bercerita pasal kes bunuh diri ni. Kitorang pun tak sangka kes bunuh diri ni boleh terjadi di hari baik bulan baik hari tu. Nak cerita panjang lebar pun aku sendiri pun tak tau kisah sebenar. Cerita-cerita yang kami dengar pun ada banyak version. Entah la, nak baca news pun takde publish dalam news. So dengar cerita orang kiri-kanan jer la.

Kisahnya begini. 25 Ramadhan hari tu, aku balik dari kerja seperti biasa. Sesampainya di umah mak aku gitau ada orang meninggal kat belakang umah, gantung diri. Aku pun terkejut beruk la. Bulan-bulan puasa, gantung diri? Tak beriman ke apa? Tapi benda dah terjadi. Dah dikerjakan pun on 24 Ramadhan. Kitorang yang ketinggalan LRT tak tau cerita orang belakang umah (lorong lain). Lagipun kesnya terjadi siang, masa kitorang takde kat umah, semuanya pergi kerja.

Pada mulanya jiran 1 lorong (Pakcik A) call bapak aku. Ada orang bertanyakan dia betul ke ada orang gantung diri di lorong kitorang, tapi Pakcik A tu tak tau. Tu yang dia tanya bapak aku. Bapak aku pun tak tau apa. Makin ler bapak aku curious. Pakcik A gitau lagi tak mungkin lorong kitorang sebab kat lorong kitorang takde orang kerja MAS. Memang sah bukan lorong kitorang, rupa-rupanya lorong belakang umah aku. Selang 2 buah umah dari umah aku.

Lepas tu, heboh la cerita-cerita kes hanging nih. Yang peliknya umah si hanging nih sunyi-sepi jer so kitorang assume si arwah dikerjakan di umah maknya. Masa tu kan bulan Ramadhan, masa petang-petang bapak aku pergi la bazaar yang dekat dengan umah aku tu. Terjumpa la anak jiran aku (tinggal lorong lain), dia cakap ada ex-schoolmate dia meninggal tapi tak tau lorong mana. Bila aku dengar bapak aku story kisah dia terjumpa anak jiran aku tuh, aku dah syak budak yang meninggal tu 1 sekolah rendah ngan aku dan tua setahun dari aku. Hmm... muda lagi tu, kenapa bunuh diri?

Pastu khabar-khabar angin bertiup kencang, arwah ni bunuh diri kerana tak tahan dikejar along. Betul ke tak aku pun tak tau. Macam-macam cerita la kitorang dengar. Masa raya pun bila berziarah orang sibuk cerita kes hanging nih. Dan kepastian cerita yang boleh dipercayai bila jiran belakang umah aku yang ada di masa kejadian mengesahkan memang arwah tu menggantung diri di tangga umah. Huhuhu. Seram. Betul sangkaan adik aku kat tangga sebab takde tempat lain lagi yang sesuai untuk menggantung diri di umah kitorang nih.



Kat sinilah (anak panah) isteri si arwah menemui arwah tergantung. Wallahualam. Tapi nih umah aku yek bukan umah si arwah. Tapi sepesen jer la dah namanya umah perumahan.

Cerita ni aku tak berani nak kata benar dan sahih. Kalo orang tipu tokok-tambah cerita, aku pun tipu jugak la. For sure yang dah meninggal tu redha jer la, tak baik la nak mengaibkan orang. Takut memang takut kalo malam-malam sebab umah arwah ni memang kosong lepas kejadian tu sampai sekarang. Jiran belakang umah aku (sebelah umah arwah) gitau yang famili dia dah amik barang-barang kat umah tu. Aku sekarang dah ler tido sorang-sorang, kekadang boleh plak aku imagine aku keluar dari bilik nengok ada wayar kat pagar kat tangga tuh (bilik aku berdepan ngan tangga). Sib baik la siang, kalo malam mana la aku berani nak taip kisah ni. Kalo aku takut tunang aku ler jadi mangsa kena layan sms aku sampai la aku tertidur. Hehehehe.



Khamis, Oktober 9

Hanging

Aku sendirian di ruang tamu menggelungsur internet.
Malam ini malam Jumaat.
Aku teringatkan 'hanging'.
Sejak maghrib tadi aku teringatkan 'hanging'.
Mengenangkan rumahnya yang kosong.
Sepi.. sejak mayatnya dikeluarkan dari situ.
Takut, seram, ingin tahu.
Semuanya bercampur-aduk.
Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?
Ada sesiapa yang boleh merungkaikan persoalan kenapa ini?

Astaghfirullah...
Al-Fatihah untuk si arwah

Syawal-9

Hari ni aku plan nak pergi ofis pagi-pagi, nak setelkan kerja aku yg tertangguh dari Isnin lalu tapi pagi-pagi lagi mak dah kejutkan aku hantar adik-adik aku ke sekolah. Bapak aku dah demam teruk! Nampak gaya macam kena bawak dia ke klinik so aku tido balik. Sampai umah jam 7 aku masuk bilik, tido sampai la jam 9. Hehehe. Pemalas punya anak dara, kan? Hihihi. Pastu aku cepat-cepat bersiap sebab bapak aku dah ready nak ke klinik, dia cakap nak drive tapi mak aku riso sebab dia pening kepala dari malam tadi. So aku pun bawak ler dia ke klinik.

Cerita orang bunuh diri tak reti nak habis-habis lagi. Bila sms member aku pun cerita benda yang sama gak. Hehehe. Takde keja ler tuh masa tunggu bapak kat klinik, layan jer la. Aku sampai sekarang masih lagi curious. Tapi malam tadi takut pulak bila tidur sorang-sorang. Justify FullHuhuhu. Padan muka, asik pikir sangat kisah tu. Malam ni nak ajak adik aku tidur sama la. Hehehe.

Pasni 12.20 nak gerak amik adik kat sekolah then baru aku gi ofis. Harap-harap setel la semua ari nih. Bosan dah aku hold benda tu lama sangat. Kalo tak keja tapi gaji tetap masuk leh tak? Ahahaha. Seronok kan? Dok umah pastu 25hb duit masuk dalam bank. Bahagianya. Tapi best ke kalo dok umah memanjang? Hmm...

Tapi.. kalo jadi budak-budak lagi best. Layankan pic anak buah aku, Syahmi. Anak cousin sebenarnya, tapi tetap jugak title anak buah. Hehehe.



Budak Syahmi ni aktif sangat, dah ler friendly, semua orang dia tak takut. Suka bergambar lak tu tapi susah nak snap. Bila tunjukkan digicam kat dia, dia tak amik digicam tu macam budak-budak lain tapi senyum, nak posing ler tuh. Geram sangat!


Rabu, Oktober 8

Syawal-8

Minggu ni ramai yang dah kembali bertugas, budak-budak pun dah kembali ke sekolah, aku? masih lagi bercuti. Hehehe. Jangan jeles :pandaGeli_01:



Tahun ni tema famili aku kaler kuning gold tapi seperti biasa mana sempat nak bergambar famili pun. Buktinya takde gambar sedondon kaler kuning untuk 1 famili. Tak best pun ada. Nih pic masa beraya di umah sepupu bapak aku. Wakaka. Menyempat lagi nak berposing di umah orang, Sungguh ketebalan muka-muka diorang ni. Huhuhu. Siapa yang tukang snap gambar? Kesian tunang aku. Hihihi. Sementara tunggu orang serve laksa Sarawak, kitorang apalagi. Ejejeje. Bila hidangan dah ready, apalagi, kita makan dulu! Yeay!




Uit! Aku kat umah ni, walaupun ada kerja yang nak disetelkan di ofis tapi aku sangat la malas nak ke ofis. Cukup la hari Isnin tu jumpa BB sebelum dia takde pastu malas. Sungguh la pekerja tak cemerlang. Wakakaka. :pandaGeli_14:


Walaupun hari ni hari raya yang ke-8 tapi semangat nak berziarah tu masih ada. Sebabnya tahun ni aku rasa tak banyak rumah member-member yang aku 'langgar'. Dari hari raya pertama, siangnya aku memang dok umah jer cuma ada masa nak berziarah pada waktu malam jer, tu pun bila malam tak banyak umah yang boleh 'dilanggar'. Aku takleh nak bayangkan bagaimana kalo beraya berdua nanti, lagi la banyak umah nak diziarah, maklum la dah ada 2 famili. Huhuhu.

Sekarang umah dah kembali sunyi dah. 3 orang adik aku dah kembali ke kampus, tinggal la kami 5 beranak di umah. Cuti masih ada 4 hari lagi. Besok kalo mak pun dah kerja, aku pun nak ke ofis jugak la. Boring la sorang-sorang kat umah, lagipun kat belakang umah ada orang mati bunuh diri. Seram gak bila sorang-sorang. :cinonet_01:


Apapun, selamat kembali bertugas bagi yang dah kembali bertugas. Minggu depan dah banyak kerja dah menunggu di ofis, minggu ni aku selamba jer bermalas-malasan. Haiyoo!! Kenapa la malas sangat ni??? :cinonet_18:




Tak lama lagi birthday dia, tapi aku dah ajak dia pilih hadiah semalam. Terus jer cash & carry! Advance ler pulak. Ahaks. Sikpa la Yang oh? Hehehe.