Isnin, September 15

Simptom-simptom si dia milik orang

:flower:Pernah bercinta? Oh, mesti lah pernah kan? Pernah tak bercinta dengan kekasih orang? Atau tunang orang? Ataupun suami/isteri orang? Hmmm... Pernah? Tak pernah?

Kadang-kadang kan kita tak sedar yang kita sedang terjebak dengan cinta segi. Kenapa? Hah, kerana ayat power lah. Kalo ayat pun dah power rangers senang jer nak cairkan hati perempuan. Eh, jangan tak percaya pulak, perempuan pun ada yang pakar dalam ayat-ayat power ni, bukannya kaum lelaki jer. Tolong sket ek? Heheheh.. Perempuan pun dah setaraf dah dengan lelaki. Baru ler berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Huhuhu

Cuba ingat balik, masa korang terjebak dengan permasalahan cinta tiga segi ni, pernah tak korang alami situasi macam ni:

  • Si dia tak pernah setuju kalo korang ajak dia dating pada hujung minggu.
  • Kalo korang call si dia pada hujung minggu, mesti hp dia off.
  • Kalo keluar dating kan, si dia takkan pergi dating tempat yang dekat-dekat.
  • Masa keluar makan, si dia akan cari tempat yang agak tersorok, konon-konon nak romantik ler tuh.
  • Masa dating, hp takde ringing tetapi tetiba jer dia bercakap dengan seseorang (silent mode ler tuh)
  • Diorang akan ajak dating masa office hours atau siang jek, malam takde dating.
  • Kredit hp si dia asik habis jek walaupun si dia tak pernah call korang, korang jer yang call.
  • Hp dia selalu busy pada tengah malam.
  • Selalu jer kalo korang call dia tak jawab, tapi kalo dia return call, berjam-jam selepas masa missed call tersebut.
  • Si dia tak benarkan korang sentuh hp dia, apatah lagi nak membelek-belek. Haram!
  • Kalo korang ajak tengok wayang, si dia akan bagi alasan yang dia dah tengok DVD padahal dah/akan tengok dengan yang 1 lagi.
Ada tak? Ha... lelaki jahat ke perempuan jahat? Pandai kan tipu-tipu orang ni?

Kesian...... Tipah Tertipu :cry:




Catat Ulasan