Selasa, September 9

Semalam ku bermimpi...

Semalam masa balik kerja hujan turun dengan lebatnya. Pastu berhenti kejap, renyai-renyai jer masa pergi PaRam beli lauk untuk berbuka. Pastu masa berbuka, hujan lebat balik, lebat-selebatnya. Sekarang asal petang jer hujan, hujan jer petang. Tak tau la cuaca tak menentu dah. Macam semalam, paginya panas terik. Ku sangka panas hingga ke petang, tapi bila dah petang hujan berangin lak. Tu cerita petang semalam.

Semalam masa tidur, bedtime story plak ek. Hehehe. Aku mimpi tunang aku tak jadi nak kawen dengan aku. Mulanya dia bagitau aku kat dalam kereta, tak jadi kawen sebab dia nak kawen dengan Sal. Siapa minah Sal ni pun aku tak tau la. Memang ada orang kat department dia nama Sal tapi dah kawen dah. Aku rileks jer kat dalam kereta. Orang takmo kawen nak buat camne kan? Pastu dia cerita lagi, famili Sal tu datang kat umah dia ajak kawen (macam meminang dia lak) terus bapak dia setuju.

Apa kes ni? Aku bengang jer.:angry:

Pastu aku balik umah, aku pikir-pikir lagi. Apasal la bapak dia terima pempuan lain bila pempuan tu nak kawen dengan tunang aku. Boleh plak sesuka hati dia macam tu. Aku pun jadi geram. Aku terus sms ugut tunang aku. Kalo betul dia sayang aku kenapa dia terima jer bila bapak dia suh dia kawen dengan pempuan lain. Kenapa dia takmo membantah? Kenapa? Kenapa? Kenapa dia jadi pak turut jer. Siapa Sal di hati dia? Apa bagus sangat ke Sal tu?

Lepas tu terdengar ketukan di pintu. Mak aku kejutkan untuk bersahur. Hehehe. :pandaGeli_26:



Catat Ulasan