Isnin, September 22

Rupa-rupanya...

Jam di dinding menunjukkan pukul 4.00 pagi sebaik sahaja kami sekeluarga selesai bersahur. Rancangan Kisah Hantu Singapura yang disiarkan di Astro Ria juga baru sahaja tamat. Aku mengajak adikku untuk tidur. Sebelum tidur aku sms si dia. Tapi tiada balasan.

Entah berapa minit aku tertidur tetiba sms masuk. Si dia sudah ada di hadapan rumah.

"Jom keluar kejap, dah kat depan umah".

Aku pun bersiap ala kadar dan keluar dari rumah. Hari masih gelap. Di kala aku hendak membuka pintu kereta ku lihat, member ku, Nad, duduk di kerusi penumpang hadapan. Aiks, kenapa ada Nad pulak? Tanpa menghiraukan kehadirannya aku terus duduk di belakang.

"Jom kita minum jap." Ajak si dia. Aku diam. Dia dan Nad sibuk bercerita yang aku tidak tau hujung pangkal ceritanya.

Masa minum di kedai tu, aku terpikir kenapa ada Nad. Aku sangat pelik.

"Kitak dah sahur tek?", tanyaku kepada Nad.

"Mek 2 dah sahur tek, alu ambik kitak", jawab Nad.

Waaaaa.... bengang. :cinonet_07:

"Kitak sahur ngan Nad? Sik padah kamek?", aku terus menyerang si dia. Si dia cuma diam. Aku terus mogok. Diam takmo bercakap. Ah, aku peduli apa.

Diorang terus minum tapi aku malas nak layan. Lepas tu hari beransur siang. Aku cakap aku nak balik. Kalo diorang nak bercakap, cakap jer la tapi kena hantar aku balik dulu.

Si dia pun mengajak kami beredar. Sebelum menghantar ku balik, kami pergi menghantar Nad dahulu. Si dia memujukku. Dia memberitahu dia terlupa nak bagitau aku nak sahur dengan Nad. Aku diam tak layan. Malas. Si dia pun diam, mati kutu tak tau nak buat apa. Sedar kot sendiri dah buat salah.

"Boleh sik laju kit?". Aku bersuara, bawak kereta macam kura-kura, bebelku dalam hati. Ku kerling jam di tangan, dah pukul 6.15. Alamak, hari ni nak hantar Farhan dan Iqah ke sekolah. Lambat la nanti.

"Ei, laju la kit ooh?", aku dah tak sabar. Ku kerling jam di tangan lagi. Tetiba alarm hp ku berbunyi.

Pukul 5.30 pagi. :cinonet_46:

Ya Allah, rupa-rupanya aku bermimpi.



Catat Ulasan