Ahad, September 7

Resepi Kek Raya

Entri resepi ni atas permintaan ex-roomateku masa di Masria, KC, UPM dahulu. Kak Syada, selamat mencuba yer. Semoga kek Kak Syada menjadi dan baby kat dalam tu tak teringin lagi. Hehehehe.

Kek Lapis Book

Bahan-bahannya:

  • 10 biji telur ayam
  • 1,1/2 gelas gula halus
  • 1 tin susu manis
  • 1,1/2 gelas tepung gandum
  • 1 botol horlicks
  • 1 sudu teh vanilla
  • 16 auns mentega
  • pewarna kuning dan hijau (ikut suka)
Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu -pukul hingga kembang
  3. Masukkan susu, kaya, horlick - pukul hingga sebati
  4. Masukkan tepung dan vanilla - pukul hingga sebati
  5. Bahagikan adunan ke dalam 2 bekas - masukkan pewarna
  6. Panaskan oven - guna api atas sahaja
  7. Masukkan 2 senduk adunan berwarna kuning, biarkan masak kekuning-kuningan
  8. Tekan lapisan yang masak sebelum memasukkan adunan berwarna hijau
  9. Ulang langkah 7 & 8 sehingga adunan habis.
Kredit to my brother sebab dah tolong akaknya ini menaip resepi. Hehehe.





Catat Ulasan