Selasa, September 9

I bengang bila ..........

Rutin harian aku, gerak dari umah ke ofis tepat jam 7.15 pagi. Sampai ofis dalam 7.35, kalo traffic light tak merah. Perjalanan dari umah ke ofis sebenarnya sangat membozankan memandangkan jalan yang lurus dan panjang tetapi bukanlah highway. Kiri kanan tak banyak bangunan tetapi bukanlah hutan rimba. Rumah dan taman perumahan tu ada la tapi bukan kat tepi jalan, nun kena masuk dalam sikit baru jumpa umah orang. Memandangkan faktor jalan, persekitaran dan mood di pagi hari yang masih blur-blur, aku sangatlah bengang sekiranya berlaku perkara-perkara yang berikut di jalan raya ketika aku on the way nak pergi kerja:

  • Mengekori kereta yang bergerak 60 km/j di lane sebelah kanan. Nak cutting tak boleh sebab ada kereta/motor kat lane kiri
  • Mengekori kereta yang sikit-sikit brek, sikit brek sampai aku pun asik tekan-tekan brek jugak sebab takut terlanggar bontot kereta dia
  • Mengekori pasangan asyik-masyuk bercinta di atas motor yang tengah buat lawatan sambil belajar tunjuk itu, tunjuk ini macam pelancong dari Kutub Utara baru pernah sampai ke Malaysia
  • Tak boleh nak cutting motor yang terhegeh-hegeh ikut lane kanan. Dah ler bawa motor tengah-tengah jalan, tak sedar diri, macam dia sorang jer yang bayar road-tax
  • Kereta yang mengekor dari belakang dalam jarak yang sangat dekat macam nak cium bontot KB aku. Apa lagi aku bagi signal kiri, ko cutting lah jangan cium bontot KB aku, KB aku tak sudi. Bluwekk.
Lepas tu sampai di ofis, sebelum jam menunjukkan angka 8, aku dan kroni turun breakfast kat bawah. Menu aku: laksa Sarawak atau mee jawa atau roti telur. Itu jer la pilihan menu breakfast aku tiap-tiap pagi walaupun banyak pilihan lain tapi itu jugak yang masuk tekak aku. Pastu air suam bawah sendiri dari umah. Hehehe. Dan aku bengang bila:

  • Budak yang ambik order tu hari-hari mau tanya aku minum apa. Apa ko tak nampak ke aku ada bawak tupperware berisi penuh air kat depan aku?
  • Baru nak order menu lain, teringin nak makan mee hoon goreng tapi dibaginya mee goreng. Apalagi kena sound direct la, "lepas ni korek telinga sebelum amik order yek?!"

Eh, sekarang ni bulan puasa manade breakfast oit. Aman Cafe pun tak bukak da. Rutin aku setiap pagi sekarang ni bloghopping semua blog yang dah update sebelum aku mengulangkaji RMS aku. Hehehe.

Bila buka RMS benda yang paling aku bengang ialah:

  • Mengira peratusan kehadiran budak semester 1. Yang register lambat ni memang menyusahkan.
  • Mengira peratusan markah CAT budak
Aku tak suka bab kira-mengira peratusan ni. Kena amik kira pemberat la, kena tolak hari tak hadir bersebab la. Adoh, macam-macam hal.

Kepada kawan ku yang dah dapat jadi Pegawai Tadbir di Unimas, kitak mok juak kerja di tempat kamek tok ka? Kitak madah stress di Unimas, di sitok pun apa kurangnya. Dengan miaknya agik, bukannya semua sekali ajar terus masuk. Lain gik dengan yang suka ponteng kelasnya. Asal sudi ngepong daknya jak. Belum gik tugas sampingan. Travelling. Adoh. Embak palak rilek jak la sikmok mikir hal kerja gilak. Kerja mun dipikir gilak ne pandei abis.

Yah yah. :puteh_23:



Catat Ulasan