Ahad, September 7

Di Sini Aku

Ingat lagi tunang ku yang gila muzik itu? Hehehe. Dia ada submit lagu untuk Final Cari Idol musim ke-2 di Forum Cari dan dalam banyak-banyak lagu yang orang hantar lagu dia telah terpilih untuk dinyanyikan oleh 2 orang finalis untuk menentukan siapakah juara CI2.

Keputusannya telah diumumkan baru-baru ni dan pemenangnya ialah Reez dan of course my tunang sangat ler suka sebab dia memang buat lagu tu untuk Reez. Penyokong-kipas-mati ler katakan. Hehehe.

Tahniah kepada Reez. :pandaGeli_27:Tunggu projek seterusnya.



Nama lagu: Di Sini Aku
Lagu: Him
Lirik: Him
Susunan muzik: Ituisi

Setibanya ku disini
Aku tak punya apa
Ku gagahkan jua langkah
Walau kadang ku rebah

Ku akui seadanya
Walau sakit menanggungnya
Tak pernah ku kesal
Kuat tekad ku semat

Walau ditentang di halang
Tetap kukuh bertahan
Nyawaku dikandung badan
Mengalah bukan pilihan

Pantang undur pantang menyerah
Sekali akal membuka langkah
Menebarkan sayap terbang puncak harapan
Ooo.......

Walau getir kan ku buktikan
Walau perit tetap ku telan
Pada jujur aku akur.......

Walau getir kan ku buktikan
Walau perit tetap ku telan
Pada jujur aku akur
Pada aku.........

{Repeat verse 6}

Andai nanti tiada aku
Janganlah dicari aku
Andaipun hilang nama ku
Jangan pernah sebut namaku

Biar aku dengan caraku
Aku senang bersama kamu
Walau hanya disudut waktu
Bersamamu........
Walau hanya disudut waktu
Bersamamu........

Tapi sebenarnya aku lebih tertarik bila dengar Missford yang nyanyi walaupun aku pun minat jugak suara Reez. Oh, ya, finalisnya ialah Reez dan Missford, ok? Hehehe. Yang bawah ni Missford pulak yang nyanyi.



Kepada yang dah dengar ke2-2 finalis tu nyanyi, leh komen tak? Hehehe.

To Kitak,

Good luck. Mek hanya mampu menyokong kitak dari belakang jak. :pompom:Nak nolong mek sik tauk gilak. Apapun mek tetap sayang kitak.



Catat Ulasan