Selasa, September 2

C.I.N.T.A

VERSI 1: CINTA = MENUNGGU BAS..?

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee...penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm.... tak de air-cond...cuaca pulak panas.
Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah.

Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?. Jadik, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu...semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!



VERSI 2 : TIME NEVER GOES BACK

Once upon a time, there was a teacher and his student lying down under a big tree near a big grass area. Then, suddenly, the student asked the teacher,

Student : Teacher, I'm confused, how can we find our soul-mate? Can you please help me?

Teacher : (Silent for few second, than he answer) Well, it's a pretty hard and easy question.

Student : (Thinking hard) Huh???

Teacher : Look on that way, there are a lot of grass there, why don't you walk there but please never walk backward, just walk straight ahead. On your way, try to find a beautiful grass and pick it up then give it to me. But just one.

Student : Well, ok then... wait for me... (walked straight ahead to the grass field).

A few minutes later...

Student : I'm back.

Teacher : Em, well I don't see any beautiful grass on your hand.

Student : On my journey, I found few beautiful grass, but I thought that I would find a better one, so I didn't pick it up. But I didn't realize that I'm at the end of the field, and I hadn't picked up any. Cause you told me not to go back, so I didn't go back.

Teacher : That's what happened in real life.

What is the message of this story?

* Grass - is people around you
* Beautiful Grass - is people that attract you
* Grass Field - is time

* In looking for your soulmate, please don't always compare and hope that there will be a better one. By doing that, you'll waste your lifetime, cause remember "Time Never Goes Back".

It applies the same in finding your ideal life partner, your suitable career or business, therefore the morale is LOVE & grab hold of the opportunity that you have now, don't waste time!


:pandaGeli_08::kiss::pandaGeli_09:

Kawan-kawan, cinta itu terlalu abstrak dan subjektif untuk ditafsirkan. Kita tidak tahu kenapa kita boleh jatuh sayang kepada seseorang tu. Seseorang yang bukan dari ahli keluarga kita, seseorang yang baru kita kenal dan jumpa tetapi akhirnya bercinta dan dinikahkan. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah bercinta? Adakah jika kita selalu menghabiskan masa lapang kita bersama seseorang tu kita dianggap bercinta? Atau apabila kita selalu bergayut dengan seseorang di tengah-tengah malam sebelum tidur, kita diangga bercinta? Sukar kan nak menakrifkan istilah percintaan ni. Tau tak kenapa? Kerana perasaan cinta ni dilahirkan tulus, suci, ikhlas oleh Maha Pencipta kepada kita yang bergelar manusia kerana kita hidup di atas muka bumi ni berpasang-pasangan. Perasaan cinta itu sesuatu yang murni, bukan untuk dicemarkan atau disalahgunakan dengan sesuatu yang tidak mendatangkan kebaikan kepada kita.

Sekarang aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Mendapat seseorang yang begitu menyayangi, memahami dan menerima kita seadanya, itu sudah memadai. Kawan-kawan, cinta kadang-kadang tidak perlu diluahkan. Hanya dengan lirikan mata, bahasa badan, memek muka, sudah cukup untuk kita menilai kejujuran dan keikhlasan seseorang kepada kita. Keikhlasan datangnya dari hati yang bersih yang kita sendiri dapat merasai aura ketulusannya dalam mencintai kita.

Bersyukurlah sekiranya kita dilahirkan dalam keluarga yang bahagia, yang penyayang. Kasih sayang merupakan aset utama untuk kita menjalani hidup sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Hanya dengan kebahagiaan kita dapat berbakti kepada makhlu-makhluk lain yang menumpang di bumi Allah ini.



Catat Ulasan