Jumaat, September 12

Banyak cakap



Salam hari Jumaat. Esok hari Sabtu. Yeay! Nak buat ape ye besok? Hehehe. Macam banyak benda nak buat tapi nanti besok tengok la mesti malas. Ahaks.

Ha... semalam kan, aku tak balik awal pon. Kol 4 jugak balik. Kira awal jugak ler sebab punch-out kol 5. Hehehehe. Tunang aku sms semalam, ajak buka kat luar sebab dia pun cuti tapi aku cakap tak berani nak balik awal sangat, pastu aku kena sindir ler plak. Ches! Ye la entri semalam tu yang berlagak semacam jer tak takutkan kucing kecik kat opis tuh. Tapi hampeh. Muahahaha.

Jom cerita lain plak. Dulu, aku pernah sembang-sembang ngan sorang member aku ni. Dia cakap dia ngan husband dia jarang bercakap di umah. Dia lebih banyak bercakap ngan anak dia. Aiks? Aku pun jadi pelik. Ada jugak ye kes macam tu. Pastu dia tambah lagi kalo diorang ada ketaksamaan pendapat tu, berhari-hari la tak bercakap. Oops...

Kenapa boleh jadi camni ek? Takkan dok serumah tak bercakap pulak. Tak boring ke? Baik dok sengsorang. Aku kalo dok sengsorang pun kena cari YM nak bercakap ngan orang luar. Ataupun sms ke. Hehehe. Bercakap jugak kan?

Tunang aku kan ada tahi lalat kat bibir. Dan kebetulan dia ni memang jenis yang banyak cakap. Macam betul jer kan orang cakap kalo ada tahi lalat kat bibir suka bercakap. Kekadang aku pun rimas gak kalo dia tak henti-henti bercakap tapi alah bisa tegal biasa. I dah biasa you. Hiks. Kalo dia tak bercakap aku pun risau gak, sebab dah biasa dengar dia bercakap. Aku takut la kalo dia diam aku ada buat salah ke buat dia marah ke. Risau beb.

Kalo aku tak larat nak layan tunang aku cakap, aku diam jer. Atau aku sound direct jer. "Banyaknya kitak tok bercakap eh." Hehehe. Pastu dia diam. Tak lama pastu dia bising la balik. Pastu dia plak yang cakap, "Isk, kenak kamek tok banyak gilak cakap." Ekekeke. Tau plak dia ek.

Perangai tunang aku ni macam adik aku yang nombor 2. Suka bercakap. Kalo aku dan dia masak kat dapur, memang riuh ler dapur kitorang, macam orang nak kenduri! Tambah lagi yang adik aku nombor 3 yang suka buat lawak. Meriahnya! Syok sangat. Tak sabar nak tunggu diorang balik. Baru meriah umah.

Bapak aku pun sama suka jugak bercakap. Suka bercakap masa makan. Suka bercakap masa nengok tv. Masa ni la macam-macam yang kitorang sembang. Kalo kat dapur memang bising la. Semua kalo memasak memang kitorang rewang anak-beranak. Ekekeke. Kalo dah senyap tu bermakna bapak aku sakit gigi. Hihihihi.

Pastu kan adik bongsu aku, murai jugak tu. Kalo dalam kereta, mulut memang tak reti nak diam. Ada jer yang dia nak tanya atau nak cerita. Tunang aku memang suka layan dia. Aku kalo malas nak layan aku sound direct jugak. Hahaha. "Diam gik Kah, angol nyawa sik berenti-renti jak kelakar". Muahahaha. Biasa la aku.

Makcik aku, iaitu kakak sulung mak aku pun banyakkkk cakap. Dia ni pun sama tak reti nak diam.

Makcik aku, adik bongsu mak aku pun suka bercakap. Tapi husband dia kureng plak bercakap.

Atok aku pun sama. Suka bercakap. Bla bla bla.

Atok dan makcik aku kalo jumpa ngan tunang aku. Macam-macam isu boleh keluar. Tak larat nak melayannya. Riuh umah nenek aku. Huii....

Aku plak. Kekadang banyak cakap, kekadang tak. Depends dengan mood. Huhuhu. Kalo aku diam jer, ada la yang tak kena dengan aku, atau ada benda yang buat aku marah. Hehehehe. Tunang aku pun selalu nampak risau jer kalo aku tak bercakap. Kalo aku diam mesti dia ajak aku pergi makan sebab dia tau aku lapar! Kwang kwang kwang.

Kesimpulannya famili aku memang happening! Suka bercakap. Kalo buat family gathering memang macam kenduri. Betul, wa cakap lu. Wakakakaka...!



Catat Ulasan