Khamis, Ogos 21

Yok dating!

Blogging dari kamar bujang saya

Pejam celik pejam celik
Tinggal 3 bulan lebih sikit je lagi saya bergelar anak dara
Lepas tu saya akan bergelar isteri kepada suami saya
Dan student saya akan panggil saya 'Madam'
Oooh tidak..!
Harap-harap diorang tetap panggil saya 'Miss' or 'Cik'
Terasa muda jer
Auuwww...

:puteh_13:

Tadi
Saya dan dia dah berjaya mengambil borang permohonan nikah di JAIS



Sangat segan okay
Semua kat ofis tu pakai baju kurung
Lelakinya bersongkok
Rupanya orang akad nikah di situ
Saya tak tau pun
At last dia suruh saya tunggu dalam kereta
Dan cuma dia yang berurusan di kaunter

Lepas tu kitorang ke RHB
Setelkan apa yang patut untuk 'Persona' hati dia
Masa amat mencemburi kami
Sehingga kami terpaksa terkejar-kejar
Ye la
Takut bank tak sudi lagi menerima kunjungan kami
Nasib baik semuanya on time
Sempat

Destinasi seterusnya di mana kita harus menjilat jari tangan
It's finger licking good okay!
Dia yang masih demam ada hati lagi nak makan itu ini



KFC Hopoh.. destinasi dituju
Bukan dia order ayam jer tapi dia order Zinger jugak
Sementara boleh makan, makan jer la
I tak kisah you
Sebab saya pun suka makan
He he he

Diskus punya diskus
Ekonomi kami tengah merudum sebenarnya
Semuanya kerana Persona itu
Isk..

Saya cakap saya nak join car boot sale Ahad ni
Dia menyokong 101%
At least leh jugak top up sementara payday
Eh, 25hb payday la!
Yeay!

:puteh_20:

Memandangkan cuaca ekonomi yang mendung
Saya taknak tengok movie
Tapi dia nak jugak
Nak jugak..
Ok lah, tengok lah cerita ni



Terasa macam tertinggal LRT
Lama sangat dah tak tengok movie
Last movie hari tu X-Files: I want to believe
Pastu baru nengok lagi hari ni



Sadisnya movie ni pun tak tengok lagi tau



Permandangan dari atas Medan Pelita

Dia Saya

Laptop saya tak boleh open Adobe Photoshop.
Kenapa ek?
Nak edit gambar pun tak boleh.

psst.. oh, saya dan dia tak kerja hari ni.. hehe
Catat Ulasan