Khamis, Ogos 7

Remaja zaman sekarang part 2

Blogging from my college my office

Setiap kita pernah melalui zaman remaja.
Zaman remaja di mana kita melalui suatu tranformasi kanak-kanak ke dewasa.
Pada ketika ini, kecelaruan identiti mudah untuk berlaku.
Kita akan keliru sama ada nak jadi dewasa atau stay di zaman kanak-kanak itu sendiri.

Ketika ini orang-orang yang berada di sekeliling persekitaran remaja itu sendiri m
emainkan peranan penting untuk membentuk peribadi remaja tersebut.

Dulu ketika aku di zaman remaja.

Aku mungkin boleh diklasifikasikan sebagai remaja yang anti-sosial.

Mungkin?

Aku tidak mempunyai ramai kawan.

Kawan-kawan aku cumalah kawan-kawan di sekolah.

Mungkin juga ketika itu aku banyak menghabiskan masa di sekolah.

Maka lingkaran kawan-kawan aku juga agak kecil.
Kawan-kawanku bertambah sejak aku menceburi alam maya.

Tetapi hanyalah kawan-kawan maya.

Yang tidak diketahui paras rupa wajah mereka.

Cuma
sebaris nama.
Namun, sepanjang perkenalan aku dengan 'manusia maya' ini.

Memang mereka berlaku jujur.

Malahan aku dan mereka kerap kali bertukar-tukar kertas percubaan SPM sebelum SPM bermula.
Dan ada juga yang aku dah jumpa.
Dan sekarang ada yang dah berkahwin pun masih
keep in touch denganku.
Walau sebagai seorang sahabat.


Itu zaman remaja aku.

Aku agak dikongkong keluarga.

Nak keluar pun ayah yang hantar.

Nak dating?

Aku tak pernah pu
n ada boyfriend di zaman sekolah.
Kadang-kadang aku rasa kesal sebab zaman remaja aku tak seindah orang lain.

Tak happening.

Tapi, bila difikirkan balik, semua ni ada hikmahnya juga.

Aku takkan menyesal dengan takdir yang telah tertulis untukku.


Sekarang aku bekerja di persekitaran remaja.
Klien-klienku semuanya di peringkat remaja.
Memang banyak perbezaan di antara remaja dulu dan sekarang.

Dulu semasa aku mengajar di sekolah.

Aku juga bergelumang dengan remaja.

Remaja zaman sekarang memang agak daring berbanding zaman aku dulu.

Berani sungguh mereka mengayat cikgu-cikgu muda macam aku.
Sungguh tak senonoh.


Remaja zaman sekarang kena dibuat macam kawan,
sekiranya kita nak mengambil hati mereka.
Tambah-tambah lagi bagi pelajar aku sekarang.

Yang memang agak lemah dalam bab-bab teori.

Bukan sekadar malas nak membaca nota,
membaca arahan dalam soalan tugasan pun malas.

Sem
uanya nak kena suap, nak kena bagitau.
Kalau masa mengajar pun kena pandai tackle diorang.
Kena bagi contoh-contoh yang buat mereka terbeliak mata,
yang buat mereka terus setia mendengar kita.

Dan cara-cara mengajar juga kena kreatif.

Sebab pelajar aku memang jenis yang cepat lupa.
Kena diingatkan selalu.

Memang agak mencabar kalau mengajar di sini.


Remaja zaman sekarang.

Di kolej aku ni.

Advance.

Pakai handphone.

Wajib.
Semua ada.

Bersolek?
Tak usah cakap lah.
Mengalahkan aku.

High-heel?

Mengalahkan aku jugak.

Boyfriend? Gi
rlfriend?
Jangan cakap la.
1 kelas!

:girl_4:

Kadang-kadang aku kesian jugak dengan pelajar aku ni.

Ada jugak yang tak sungguh-sungguh nak belajar.
Datang kolej sebab ibu-bapa yang beria-ria nak diorang belajar.

Kesudahannya orang yang mengajar mereka yang kena solve mentaliti diorang ni.

pssst... adakah aku menyesal berada di sini?

Catat Ulasan