Rabu, Ogos 27

Jiwang-jiwangan

Entah kenapa malam ni teringat kenangan lalu plak. Semuanya gara-gara blog itu. Blog aku yang lama. Bila dah takde kerja lain, mula la aku baca balik blog tu. Macam cerpen! Tak sangka pulak aku boleh menulis begitu. Hahaha.

Hari tu aku ada cakap kat dia yang aku nak jumpa 'masa lalu'. Aku nak pulangkan barang-barang yang 'masa lalu' bagi aku tapi aku serba-salah. Aku takmo dia (tunang aku) terasa bila aku jumpa dia. Dan aku juga takut terserempak dengan sesiapa yang bermulut busuk yang boleh menjejaskan hubungan kami. Ye la, aku rasa orang-orang kat kedai makan sekitar Kuching nih dah boleh cam muka kami, alih-alih tetiba plak aku keluar makan ngan orang lain. Ataupun aku takut terjumpa saudara aku atau saudara dia. Ha, kan naya. Walaupun aku dah mintak izin tapi perasaan was-was tu tetap ada. Ye la, hati lelaki ni sukar dijangka. Kang dia simpan jer dalam hati, aku yang merana nanti.

Aku tetapkan biarlah aku tak jumpa 'masa lalu'. Barang-barang dia? Aku tak tau la. Dah lama dah aku packing tapi sampai sekarang tak terbagi kat dia balik. Ada gambar, baju, cincin. Tu jer yang aku ingat. Nak buang? Tak sampai hati pulak. Oops, bukan bermakna aku masih sayang dia. No way! Entah la tak sampai hati jer nak buang. Pelik betul aku ni.



Apapun aku nak dia tau aku tetap sayang dia. Cuma dia. DIa tunang, merangkap my future hubby. Yang, thanks for everything.

psst... kitak salu buat mek tersenyum


Catat Ulasan