Ahad, Julai 20

Lepas Geram

Jumaat penghulu segala hari sepatutnya menjadi hari kegembiraan bagi mereka yang bergelar pekerja yang makan gaji kerana Jumaat merupakan hari terakhir bekerja tapi Jumaat minggu ni aku tension sangat. Mungkin ada faktor-faktor lain kenapa aku jadi bosan, tension, malas, moody. Dan sebagainya. Salah satu faktornya sebabnya kerana si Dia tersayang travelling. Ekeke.

Tengah hari di hari Jumaat, kan rehat yang agak panjang. Walaupun aku sepatutnya harus prepare untuk Majlis Penutupan MSK tapi aku yang dah bosan tahap gaban, aku dan BFF aku, Naz, keluar la terkedek-kedek ke bandar, tanpa mengira minyak yang naik harga, kelisabiruku harus tetap berjalan demi membunuh rasa bosanku yang teramat sangat gabannya. Dalam kepala otak aku cuma ada Levi's yang aku dah survei dengan si dia dulu. Aku harus dapatkan Levi's tuh untuk hilangkan rasa yang tak best nih. Azamku dalam hati. Muahahaha. Sayangnya, Levi's yang sengaja less 20% untuk menggoda aku tu takde saiz ler pulak. Member aku Naz pun sama. Kesudahannya kami pulang dengan tangan kosong, cuma membawa perut yang separa penuh dengan KFC je. Tapi, hakikatnya hampa dan hampa.

Tapi.


Kami juga manusia biasa. Oops, perempuan yang l
ebih spesifiknya. Perempuan normal ya. Aku dan Naz plan lagi untuk meneruskan misi kami pada hari Sabtu. Sabtu yang cerah. Oh yeayh! Tapi lagi. Malang sekali lagi. Levi's yang diimpikan takde pulak. Kensel. Ronda lagi dan lagi. Demi misi kami yang belum berjaya. Dan akhirnya di Padini, kami telah menemui apa yang dihajati. Dan yang seronoknya lagi, aku berjaya membeli jeans yang ada diskaun 50%. Yeay! Selamat duit aku. Hahaha. Aku ni jenis yang happy banget kalo dapat beli barang-barang yang berdiskaun, tambah-tambah lagi yang diskaun 70%. Hehehe.



Puas, bila dah dapat apa yang kita target. Walaupun tak dapat Levi's, dapat Padini pun dah ok, siap diskaun lagi. Best best. Pastu Naz pergi FOS nak beli baju. Aku pun beli la jugak bila terberkenan 1 baju yang simple ler sangat yang berkaler purple. Hehehe. RM25 jer.


Puas, puas. Dapat sehelai seluar, sehelai baju.
So, RM yang keluar below 100 je. Begini rupanya rasa bila si dia takde. Selalunya aku yang travelling. Tiap-tiap bulan travelling. Bila turn si dia plak travelling aku rasa macam lonely sangat. Harus aku sedapkan hati aku yang kesunyiaan nih dengan bendalah-bendalah macam ni. Tak pernah seumur hidup aku blogging pasal baju dan seluar. Hahaha. Dah jadi normal female blogger dah ni. Congrats to myself. Ahaks.

Walaupun sibuk dengan misi untuk melepas geram tuh, aku dan Naz tak lupa jugak tanggungjawab kami ke
pada anak nusa dan bangsa. Beli jugak buku untuk rujukan PnP, susahnya nak carik yang dalam BI. Takpe la, janji ada, janji kepala tak pecah, otak tak tepu, ada jugak 'pembantu' yang 'membantu' memikirkan soalan amali dan kuiz. Walaupun terpaksa mentranslate dari BM ke BI. Biar semangat sikit walaupun slaidnya 1 habuk pun tak buat lagi. Hahaha. Malas malas.


Dan juga kami beli folder dan divider untuk buat FRP. Nak tunggu stok daripada admin, lambat sangat. Semangat orang yang dah berkobar-kobar pun dah jadi suam-suam kuku dah nak prepare FRP untuk semester nih. Minggu PnP pun dah nak mula tapi FRP tak settle lagi. Tak boleh jadi ni. Isk. Blur apa itu FRP? FRP tu akronim untuk Fail Rekod Pensyarah. Ala, macam rekod persediaan mengajar yang cikgu-cikgu kat sekolah tu. Hehehe.



pss... normal female blogger..? ahaks
Catat Ulasan