Khamis, Julai 24

Last minute

Sebelum semester lepas berakhir, aku dah tanam azam dah, nak prepare bahan-bahan PnP masa cuti. Nak buat slaid baru, soalan kuiz, latihan, tugasan, projek, bla bla bla. Upload bank soalan. Nak buat tu, buat ni. Memang plan habis la dalam kepala.

Tapi. Semuanya HAMPEH!!!!! Hahaha. Malas punya perempuan. Bila dah cuti, aku bercuti sakan jugak. Dan sekarang padan muka aku. Wakakaka.

Sekarang aku buat last minute preparation. Silibus dah tukar BI so slaid pun kena tukar dalam BI. Apalagi, setiap hari aku akan buat slaid untuk mengajar besok. Besok buat lagi, lusa buat lagi, dan tulat buat lagi. Hahahaha. Nasib baik ada RMS. Buat slaid ikut plan dalam RMS jer. Huh. Nasib baik semester 1 jek. Lelain pakai jer slaid lama. Kalo rajin baru ada yang baru. Ikut mood la.Kesian budak-budak aku. Ekekeke.

Malam besok aku akan ke Sibu. Sabtu dan Ahad aku kena mengajar short course untuk para guru di SMT Sibu. Sekarang tengah prepare notes untuk modul tuh. La la la. Tak habis lagi nih. Nanti sambung la. Takde mood. Pasni nak gi RHB. Hari ni kan 24hb. Hahahaha. Makcik kayo!

pss... ngular! bos xde!!
Catat Ulasan