Khamis, Julai 31

Hari ini dan ISO

Blogging from: My College My Office

Hari ni hari Khamis. Aku takde kelas. Cuma assist jek.
Hari ni hari Batik. Aku cuma ada 2 pasang batik jek. Nampaknya kena tambah lagi.
Hari ni 31 Julai. Sepatutnya last day nak siapkan laporan KSP. Tapi..?

MS ISO 9001:2000


Kadang-kadang aku rasa ISO ni menyusahkan aku.
Kadang-kadang aku rasa ISO ni menyenangkan aku.
Kadang-kadang...?
Aku bengang la.
Semuanya kerana aku yang kena tau semua ni.
Semuanya kerana orang akan refer aku.
Tapi aku ni bukannya tau sangat pun.
Aku pun budak baru belajar.
Banyak yang aku tak tau daripada tau.

Dan.
Bila aku dah tau, aku nak bagitau Bos aku.
Tapi Bos aku pulak jenis yang tak suka dengar idea orang.
Terbantut la semangat aku.

Kadang-kadang lagi.
Aku jadi negatif.
Aku buat-buat malas.
Aku buat-buat takleh nak buat kerja.
Supaya orang tukar PSK kepada orang lain.
Tapi?

Sia-sia.
Kesimpulannya.
Baik aku buat betul-betul.
Tapi?

Banyak kekangan.
Dugaan sungguh.
Menumpang lagi.
Bos lagi.
Facilities lagi.
Tak sabar nak berpindah ke kampus sendiri.

ISO.

Ini Susahkan Orang..?

atau......

Ini Senangkan Orang..?

pss... sendiri mau ingat tanggungjawab masing-masing

Rabu, Julai 30

Kerja lagi kerja la lagi

Blogging from: My College My Office

Busy.
Semalam kelas 6 jam - direct.
Tak sempat lunch.
Balik umah tido awal.
Tak sempat nak jalan-jalan kat blog orang lain.

Sekarang nak prepare report lagi.
Uhuhuuhuhu.
Suka sangat kan kerja last minute.

pss... erghh.. bencinya bila keja dah melambak

Isnin, Julai 28

Travelling day

Blogging from my Home Sweet Home

Sepatutnya flight aku Sibu - Kuching pagi tadi.
Tapi.
Aku dah selamat sampai di Kuching petang semalam.
Walaupun hari hujan, dengan nai
k MasWing lagi,
takut jugak wei, tapi aku tidur jer 40 minit kat atas tu.
Alhamdulillah semuanya selamat.



Nak jugak snap tayar Maswing sebelum nak cecah tanah basah kat Kuching semalam.
Hehehe.

Dan tuan-tuan dan puan-puan,
hari ni aku tak ker
ja sebab hari ni dikira hari perjalanan (travelling day).
Ho yeah..!




Kursus 16 jam di SMT Sibu berjaya dengan jayanya.
Alhamdulillah. Lega.
Cikgu-cikgu pun semuanya OK.

Oleh kerana group hari ke-2 agak OK daripada hari pertama,
kami bersurai lebih awal dari hari pertama (Sabtu).
Dan sebelum bersurai, seperti biasa dapat cenderahati dari pihak SMT.
Macam dapat agak jer isi dalamnya.



Hahaha.
Bila bukak, betul dapat pen.



Dan sesapa yang ada nak ke Sibu.
Dan nak cut cost.
Boleh try Victoria Inn nih.
Aku duduk twin-sharing, RM75 semalam.
OK sangat.
Tempat makan pun bersebelahan jer.
Ada wi-fi lak tuh.



pss... hari ni aku jadi malas

Sabtu, Julai 26

Bila Rindu... Menyesal Tak Sudah

Blogging from: Victoria Inn, Sibu

Aku dah sampai Sibu.
Lepas dapat kunci bilik, keluarkan semua baju.
On lappy, check wi-fi, ada.
Yes!

Flight dari Kuching delay 1 jam tapi dok kat atas tu tak sampai pun 1 jam.

Sampai jer airport, dah ada orang tunggu.
Terus gi town, check in INN.

Memula nak booking hotel tapi RM135 semalam.

Dah ler kena dok sorang, takmo lah.

Booking Inn jek.

OK san
gat bilik dia, amik yang twin-sharing, RM75 jer.
Tapi dok sengsorang jugak la.

Katil jer ada 2.


Petang tadi.

Before nak ke airport.

Boley pla
k masam muka ngan si dia.
Entah papa la aku ni.
Macam ler dia wat salah.

Aku tau mesti muka aku serius gila.

Tapi.
Aku suh jugak dia makan sebab aku tau dia mesti lapar balik keja.

Kan aku sayang dia.

Mesti la aku tau.
Pastu.

Dia cakap nak makan kat McD jer.
Tu macam ala-ala nak pujuk aku jer tu.

Sebab dia dah awal-awal lagi dah tegur aku yang monyok cam takde mood.
Tapi aku ni leh keras hati plak.

Lagipun aku dah siap makan kat umah.
Memang tak teruja pun bila dengar 'double cheese burger'.
Aku senyap jek.

Tak layan dia.

Jarang kitorang makan dalam suasana yang aman damai dan tenteram.

Kesian dia.

Sekarang menyesal ler pulak.


Yang.

So Sorry.

Mek mintak maap.

Tetiba sensitif indah.
Just.

Kitak bayangkan mun kamek sikda kereta.

Apa jadi dengan kita, Yang?
Sedih sik?

Boleh tak aku tak prepare lagi untuk course pagi ni?
Aku takde mood la.
Ni pun cam terpaksa jer ada kat Sibu ni.
Tak sabar nak balik.

pss.. memang menyesal tak sudah... missing him already

Jumaat, Julai 25

Aargh!

Blogging from my Home Sweet Home

Blogging using my sister's lappy.
Boring oit!

Photoshop dalam lappy Kolej dah corrupt...!
Ada ke patut?
Window problem???
Bodo!

Boring! Boring! Boring!
Mok kenak tikam lam sungei Serawak kali nak???!!

Malam ni akan fly ke Sibu.
Balik on Sunday nite.
Fokker lagi (or 'MasWing' nama glamer dia sekarang)
Nak balik awal.
Tapi..
Boleh plak flight sebelah petangnya kensel.
Ada apa dengan Sibu?
Ayyooo..

Boring lagi.

pss... dia flu ler pulak :(

Khamis, Julai 24

Last minute

Sebelum semester lepas berakhir, aku dah tanam azam dah, nak prepare bahan-bahan PnP masa cuti. Nak buat slaid baru, soalan kuiz, latihan, tugasan, projek, bla bla bla. Upload bank soalan. Nak buat tu, buat ni. Memang plan habis la dalam kepala.

Tapi. Semuanya HAMPEH!!!!! Hahaha. Malas punya perempuan. Bila dah cuti, aku bercuti sakan jugak. Dan sekarang padan muka aku. Wakakaka.

Sekarang aku buat last minute preparation. Silibus dah tukar BI so slaid pun kena tukar dalam BI. Apalagi, setiap hari aku akan buat slaid untuk mengajar besok. Besok buat lagi, lusa buat lagi, dan tulat buat lagi. Hahahaha. Nasib baik ada RMS. Buat slaid ikut plan dalam RMS jer. Huh. Nasib baik semester 1 jek. Lelain pakai jer slaid lama. Kalo rajin baru ada yang baru. Ikut mood la.Kesian budak-budak aku. Ekekeke.

Malam besok aku akan ke Sibu. Sabtu dan Ahad aku kena mengajar short course untuk para guru di SMT Sibu. Sekarang tengah prepare notes untuk modul tuh. La la la. Tak habis lagi nih. Nanti sambung la. Takde mood. Pasni nak gi RHB. Hari ni kan 24hb. Hahahaha. Makcik kayo!

pss... ngular! bos xde!!

Rabu, Julai 23

Wedding Checklist 1

Nervous jugak bila hari 'tu' dah semakin dekat. Ada yang dah beli, ada yang belum. Ema, tolong kamek lok?

Hantaran

Barangan - Macam dah cukup, takmo banyak sangat
Buah-buahan/Coklat - NANTI DAH DEKAT HARI BARU BELI
Alas dan dulang - BELUM CONFIRM
Bunga hiasan - BELUM BELI

Baju akad

Perempuan - kain dah beli, TEMPAH BELUM
Lelaki - kain belum beli, TEMPAH PUN BELUM
Borang kahwin - BELUM ISI
Jurunikah - BELUM BOOK

Pakej

Andaman - Indah Pengantin - CONFIRMED
Pelamin sebelah perempuan - OK
Pelamin sebelah lelaki - NOT OK
Cameraman - BELUM DECIDE (ada 4 orang hantar quotation)
Baju sanding perempuan - OK
Baju sanding lelaki - BELUM BELI
Kereta - BELUM
Pengapit lelaki - OK

Bilik

Cadar - OK
Bantal / Tilam - BELUM BELI
Curtain - BELUM BELI
Bedroom set - BELUM START RENOVATION but CONFIRMED

Gift/Souvenir

Orang Majlis - BELUM BELI
VIP - OK
Bunga dada al-wakil - OK
Orang zikir - BELUM BELI/BELUM BOOKING
Tepung tawar - BELUM BELI

Lain-lain

Kad - BELUM
Kanopi - BELUM BOOKING
Katering - BELUM BOOKING
Kain untuk al-wakil - BELUM BELI
PA System - BELUM BOOKING
Protokol Majlis - BELUM

Aduh, banyak lagi yang belum. Tapi, insya Allah akan setel sikit sebelum raya. Kalo ada yang tertinggal, tolong ek?

pss... apa gik Ma?? help me..!

Selasa, Julai 22

I Have a Dream

Bukan senang nak jadi senang. Betul tak?

Korang percaya tak dengan Multi Level Marketing? Atau lebih dikenali dengan MLM. Dari dulu lagi aku memang dah tutup minda aku, negative thinking dengan semua jenis MLM. Aku susah sangat nak percaya dengan MLM ni. Ye la, takkan ler mudah sangat nak jadi senang. Boleh percaya ke MLM ni? Hmmm....

Tadi aku keluar dengan my cik abang. Keluar makan satay je. Rasanya banyak movie yang dah tengok. Hehehe. So kat kedai makan tu nak dijadikan cerita terjumpa la my cousin dengan her hubby. Bila dah terjumpa ni, panjang ler pulak boraknya. Dah memang jenis famili member yang banyak mulut kot. So bila dah banyak mulut, banyak jugak ler boraknya. Borak punya borak, hubby cousin ni terus corner ke bab MLM. Awal-awal lagi dia memang ada mention nak story 1 bisnes pun tapi memula takde la dia masuk simpang tak beri signal. Dan bermula la kisahnya dengan MLM yang dia dan cousin aku ni join.

Uptrend2u? Familiar tak? Aku dah lama tau kewujudan Uptrend ni tapi biasa la kalo dah menutup minda, telinga dan mata dengan apa saja bendalah MLM nih, memang ler takmo nak tau langsung 1 apa pun pasal MLM. Memang negatif habis dengan MLM. Bukan setakat Uptrend. CNI, DXN, Melilea dan banyak lagi la. Memang aku tak percaya langsung. Adakah sekarang aku sudah percaya? Oops.. belum lagi. Macam takmo percaya je. Tapi, benda ni tak mustahil kan? Kalo kena dengan usahanya. Kalo dah negatif, memang semua tak boleh pun.

I have a dream. Semua orang ada impian, ada cita-cita, ada angan-angan. Aku pun sama la. Ada impian nak mempunyai keluarga sendiri, ada rumah besar, kereta pun kalo bleh nak juga besar. Nak hidup senang la. Kalo tak mewah, tak kaya-raya, janji senang, famili pun boleh tumpang senang. Ibu-bapa pun gembira. Gembiranya dalam hati kalo semua yang ada di sekeliling kita gembira kerana kita. Nak sangat macam tu.

Dapat ke MLM macam ni menjamin kita untuk menjadi sedikit senang daripada sekarang? Memang. Memang manusia ni tak pernah puas. Aku ni cakap macam orang yang tak reti bersyukur kan? Dah dapat kerja yang agak OK masih lagi nak mengejar kesenangan dunia. Sanggup mengejar material semata-mata untuk senang padahal kesenangan di dunia ni hanya pinjaman sementara. Tapi, kalo setakat nak membaiki taraf hidup sekarang, adakah salah untuk kita mencuba? Salah ke mencuba? Dalam al-Quran pun ada menyebut, ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya. Salah ke? Salah ke? Aku nak hidup yang lebih senang. Itu jer.

Kalau lah..... ehmm..

Senang ke nak jadi senang ek?

Boleh percaya ke?

Tapi buktinya cousin aku sendiri. Depan mata. Dia tak keja. Tapi? Dia boleh, aku? Aku boleh ke? Kami boleh ke?

Uptrend. Uptrend. Nak percaya ke tak?

Tapi semangat nak upgrade life tu memang ada. Tambah-tambah lagi dah nak kawen ni. Nanti bila dah ada famili sendiri mesti nak anak-anak senang. Kan?

Kalau tidak kita, siapa lagi? Kalau tidak sekarang, bila lagi?

pss... Uptrend2u

Ahad, Julai 20

Lepas Geram

Jumaat penghulu segala hari sepatutnya menjadi hari kegembiraan bagi mereka yang bergelar pekerja yang makan gaji kerana Jumaat merupakan hari terakhir bekerja tapi Jumaat minggu ni aku tension sangat. Mungkin ada faktor-faktor lain kenapa aku jadi bosan, tension, malas, moody. Dan sebagainya. Salah satu faktornya sebabnya kerana si Dia tersayang travelling. Ekeke.

Tengah hari di hari Jumaat, kan rehat yang agak panjang. Walaupun aku sepatutnya harus prepare untuk Majlis Penutupan MSK tapi aku yang dah bosan tahap gaban, aku dan BFF aku, Naz, keluar la terkedek-kedek ke bandar, tanpa mengira minyak yang naik harga, kelisabiruku harus tetap berjalan demi membunuh rasa bosanku yang teramat sangat gabannya. Dalam kepala otak aku cuma ada Levi's yang aku dah survei dengan si dia dulu. Aku harus dapatkan Levi's tuh untuk hilangkan rasa yang tak best nih. Azamku dalam hati. Muahahaha. Sayangnya, Levi's yang sengaja less 20% untuk menggoda aku tu takde saiz ler pulak. Member aku Naz pun sama. Kesudahannya kami pulang dengan tangan kosong, cuma membawa perut yang separa penuh dengan KFC je. Tapi, hakikatnya hampa dan hampa.

Tapi.


Kami juga manusia biasa. Oops, perempuan yang l
ebih spesifiknya. Perempuan normal ya. Aku dan Naz plan lagi untuk meneruskan misi kami pada hari Sabtu. Sabtu yang cerah. Oh yeayh! Tapi lagi. Malang sekali lagi. Levi's yang diimpikan takde pulak. Kensel. Ronda lagi dan lagi. Demi misi kami yang belum berjaya. Dan akhirnya di Padini, kami telah menemui apa yang dihajati. Dan yang seronoknya lagi, aku berjaya membeli jeans yang ada diskaun 50%. Yeay! Selamat duit aku. Hahaha. Aku ni jenis yang happy banget kalo dapat beli barang-barang yang berdiskaun, tambah-tambah lagi yang diskaun 70%. Hehehe.



Puas, bila dah dapat apa yang kita target. Walaupun tak dapat Levi's, dapat Padini pun dah ok, siap diskaun lagi. Best best. Pastu Naz pergi FOS nak beli baju. Aku pun beli la jugak bila terberkenan 1 baju yang simple ler sangat yang berkaler purple. Hehehe. RM25 jer.


Puas, puas. Dapat sehelai seluar, sehelai baju.
So, RM yang keluar below 100 je. Begini rupanya rasa bila si dia takde. Selalunya aku yang travelling. Tiap-tiap bulan travelling. Bila turn si dia plak travelling aku rasa macam lonely sangat. Harus aku sedapkan hati aku yang kesunyiaan nih dengan bendalah-bendalah macam ni. Tak pernah seumur hidup aku blogging pasal baju dan seluar. Hahaha. Dah jadi normal female blogger dah ni. Congrats to myself. Ahaks.

Walaupun sibuk dengan misi untuk melepas geram tuh, aku dan Naz tak lupa jugak tanggungjawab kami ke
pada anak nusa dan bangsa. Beli jugak buku untuk rujukan PnP, susahnya nak carik yang dalam BI. Takpe la, janji ada, janji kepala tak pecah, otak tak tepu, ada jugak 'pembantu' yang 'membantu' memikirkan soalan amali dan kuiz. Walaupun terpaksa mentranslate dari BM ke BI. Biar semangat sikit walaupun slaidnya 1 habuk pun tak buat lagi. Hahaha. Malas malas.


Dan juga kami beli folder dan divider untuk buat FRP. Nak tunggu stok daripada admin, lambat sangat. Semangat orang yang dah berkobar-kobar pun dah jadi suam-suam kuku dah nak prepare FRP untuk semester nih. Minggu PnP pun dah nak mula tapi FRP tak settle lagi. Tak boleh jadi ni. Isk. Blur apa itu FRP? FRP tu akronim untuk Fail Rekod Pensyarah. Ala, macam rekod persediaan mengajar yang cikgu-cikgu kat sekolah tu. Hehehe.



pss... normal female blogger..? ahaks

Sabtu, Julai 19

From WP to Blogspot

Pindah lagi? Ho yeahh! Hehehe... Aku bosan la dengan WP. Ini tak boleh, itu tak boleh, semua tak boleh! I miss Blogspot so much, u know! Miss blogspot like I miss Him. Ahaks.

Erm... agak-agaknya dah berapa ek akaun blogspot aku? Blog? Hahaha. Ada yang public, ada yang private. Ada yang aktif, ada yang tak. Hehehe. Best jugak ada banyak-banyak. Kan hidup kita ni macam drama. So ada variasi topik la kan? Klimaksnya? Aku pun tak tahu di mana aku save klimaks kisah hidup aku. Mungkin di sini. Atau di sana? Atau di sinun. Mungkin certain blog aku dah privatekan tapi aku belum delete. Kalo free aku baca balik, singkap balik kisah-kisah lama. Seronok jugak, ada yang pahit, ada yang manis, ada yang masam, ada yang kelat. That's life kan? Kalo takde pelbagai rasa tak seronok la life kita ni. Sementara kita masih dipinjamkan usia untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ni, selagi itulah kita tidak harus mempersia-siakan hidup kita yang sementara ni.

Mungkin ada yang marah aku dalam diam sebab berpindah-randah. Rasanya baru bulan lepas aku pindah ke Wordpress sekarang dah pindah lagi. Hehehe. Begitulah aku, selagi aku tak dapat apa yang aku nak, aku takkan puas. Kita selalu macam tu kan? Ooops, mungkin bukan anda. Tapi yang aku maksudkan majoriti MANUSIA termasuklah insan yang bernama mim ya ra alif ini.

pss.. sunyi tanpa dia